Saya Tidak Faham Tentang Emas

Saya memang tidak faham dengan konsep pelaburan emas pada mulanya. Orang kata “harga emas akan sentiasa naik” dan “beli emas semasa harga rendah dan jual semasa harga tinggi untuk dapatkan keuntungan”. Jadi, saya pun terfikir… kalau saya jual emas itu semasa harga tinggi dan mengikut sejarah harga emas sentiasa naik, macam mana pula hendak beli emas lagi selepas itu?

Lama juga saya ambil masa hendak faham tentang konsep “pelaburan emas” sebab apabila saya fikirkan tentang “pelaburan”, saya akan mengharapkan hasil dari pelaburan tersebut. Saya hendak untung. Hendak untung besar baru berbaloi untuk melabur. Akan tetapi, pada waktu itu saya tidak nampak dari mana datangnya untung dari pelaburan emas kalau harga emas sentiasa naik dan semakin tak mampu untuk dibeli. Lebih-lebih lagi selepas menjual emas yang telah simpan sekian lama untuk mengaut keuntungannya.

Sebagai contoh, katakan saya beli emas 10 gram dengan harga RM1,300 dan simpan untuk tunggu harga naik dan katkan selepas 4 tahun harga emas naik sehingga RM1,900. Saya pun jual emas tersebut. Saya dapat pulangan modal RM1,200 dan untung RM600. Sekiranya saya hendak beli emas lagi selepas ini, harga emas semasa sudah pun mencecah RM1,900++ dan harga tersebut bukannya akan turun sehingga RM1,200 lagi sebagaimana modal asal saya. Apabila dikatakan pula “harga emas tidak akan turun”, jadi macam mana hendak beli lagi? Macam mana hendak buat duit dengan emas kalau selepas jual emas sudah tidak boleh beli emas lagi sebab harga emas sudah mahal?

Anda berfikiran begini jugakah? Adakah ini yang membuatkan anda belum lagi mengambil langkah untuk membeli emas?

Anda tidak keseorangan.

Saya mengambil masa hampir 4 tahun untuk faham tentangĀ  konsep “pelaburan” emas dan perak. Rupa-rupanya konsepnya senang sahaja. Ianya menjadi lebih mudah apabila saya tukarkan istilah “pelaburan emas dan perak” kepada “simpanan emas dan perak”. Ya, simpan emas. Bukan melabur dalam emas sebab saya masih lagi dikategorikan sebagai newbie dalam “permainan emas dan perak” ini. Dengan bertukar istilah itu sahaja, ianya telah mengubah perspektif saya tentang emas sebagai aset yang dapat membantu kehidupan terutama untuk masa hadapan.

Sebagai newbie, saya lebih fokus kepada simpanan emas. Konsepnya sama seperti simpan duit di dalam bank, Tabung Haji atau ASB. Jadi, selain dari simpan duit kita juga digalakkan untuk simpan emas sebagai sandaran. Salah satu cara untuk simpan emas adalah melalui akaun GAP Public Gold.

 

Sila kongsikan sekiranya bermanfaat:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the word :)