Cara Untuk Tambah Gram Emas di Akaun GAP (Gold Accumulation Program)

Selepas anda membuka akaun GAP sepertimana yang diterangkan pada artikel sebelum ini, sudah tentu anda hendak menambah simpanan emas anda. Di sini saya akan terangkan langkah demi langkah cara untuk anda menambah gram emas di akaun GAP.

 

Langkah 1

  • Buka laman web rasmi Public Gold di https://publicgold.com.my untuk rujuk harga emas GAP yang terkini.
  • Buat transaksi secara online ke salah satu akaun Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di bawah dan pastikan anda simpan resit bayarannya.

Maybank Bhd. :  5571-3923-8048
Public bank Bhd. :  3167-52-0833

  • Sebagai contoh untuk pembelian 1 gram, anda hanya perlu buat bayaran sebanyak RM198 (rujuk harga di gambar di bawah). Sekiranya anda hendak membeli 2 gram dan seterusnya, anda hanya perlu buat gandaan sahaja. Contoh untuk 2 gram emas = RM396.
  • Sila rujuk harga emas terkini sebelum anda buat bayaran.

 

Langkah 2

  • Klik butang ‘Login’ di laman web rasmi Public Gold.

 

Langkah 3

  • Isi maklumat ‘Username’ dan ‘Password’. Maklumat ini boleh diperolehi dalam email yang anda terima dari Public Gold selepas anda membuat pembelian pada pertama kali.
  • Klik pada butang ‘Log in’

 

Langkah 4 

  • Klik butang ‘MY GAP’ 

 

Langkah 5 

  • Klik butang ‘PURCHASE’ untuk tambah simpanan emas.

 

Langkah 6

  • #1 : Isikan jumlah Ringgit Malaysia yang telah anda buat bayaran tadi di ruangan ‘Purchase Amount’.
  • #2 : Isikan ‘Reference Number’ sepertimana yang ternyata dalam resit bayaran.
  • #3 : Sila upload resit bayaran anda di sini.
  • #4 : Klik butang ‘Request’.

 

Selepas anda klik butang ‘Request’ maka selesai sudah proses tambah gram emas dalam akaun GAP. Pihak pejabat akan mengesahkan transaksi anda dalam tempoh 1-2 hari bekerja. Kemudian anda boleh klik butang ‘STATEMENT’ untuk cetak penyata anda sebagai simpanan (sekiranya perlu). Mudah sahaja.

 

Sekiranya anda perlukan penjelasan yang lebih lanjut, sila hubungi saya di +6012-3810072.

 

Sila kongsikan sekiranya bermanfaat:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the word :)