Bila Masa Sesuai Untuk Beli Emas

Ini antara soalan yang lazim ditanya oleh rakan-rakan yang hendak mula menyimpan emas kerana mereka mengharapkan untuk saya beritahu bila masanya harga emas paling rendah. Jika ditanya pada mana-mana dealer emas baik Public Gold ataupun dealer emas dari syarikat lain, mereka akan terangkan perkara yang sama.

Kami tidak dapat memberi jawapan dengan tepat bila masa yang sesuai untuk membeli emas kerana kami juga tidak tahu bila harga emas akan turun pada tahap paling rendah. Emas adalah komoditi yang mana ianya adalah barang yang mempunyai permintaan. Jadi, terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kesan kepada harga emas semasa. Contohnya, harga emas pada minggu lepas telah melonjak naik di atas faktor politik antara Korea Utara dan Amerika Syarikat. Memandangkan keadaan semakin tegang, beberapa negara telah mengambil langkah untuk membeli emas sebagai jaminan aset negara. Apabila ada permintaan tinggi maka harga juga akan melonjak tinggi.

Oleh yang demikian, sebagai rakyat biasa sekiranya anda tanya kepada saya bila masa yang sesuai untuk beli emas, jawapan saya ialah apabila anda ada duit yang hendak disimpan untuk jangka masa panjang. Maknanya anda hendak menyimpan duit yang hendak dipakai mungkin pada 5 atau 10 tahun yang akan datang. Contohnya simpanan untuk digunakan semasa anak-anak hendak sambung pelajaran ataupun simpanan untuk anda menunaikan ibadah haji kelak. Jangan sesekali berhutang atau membuat pinjaman untuk membeli emas. Konsep menyimpan emas ini ialah “menukar duit kertas anda kepada bentuk yang lebih kekal lama dan lebih bernilai” berbanding dengan mata wang.

Anda boleh membuat simpanan emas secara konsisten. Dengan Public Gold, anda boleh membuat simpanan emas seminima 1 gram sebulan iaitu dalam lingkungan harga RM200 (pada masa artikel ini ditaip). Salah satu cara ialah anda boleh membuka akaun GAP bagi memudahkan lagi anda menyimpan emas secara konsisten. Penerangan lebih lanjut tentang akaun GAP, anda boleh rujuk di artikel “Apa Itu Akaun GAP Public Gold”.

Caranya ialah, bagi anda yang bekerja makan gaji, maka masa yang sesuai untuk beli emas ialah ketika anda mendapat gaji pada setiap bulan. Peruntukan sebahagian dari gaji anda untuk menyimpan emas, minumum 1 gram sebulan. Jika anda mendapat bonus pada hujung tahun maka pada waktu itu anda boleh menambah simpanan emas anda. Bagi yang bekerja sendiri pula, sudah pasti setiap bulan anda akan menutup akaun dan membuat kira-kira untung rugi atas jualan anda. Ketika ini anda boleh menukarkan sebahagian dari untung bersih anda kepada emas untuk simpanan.

Apabila anda sudah mula menyimpan emas, maka anda akan tahu dengan sendirinya bila masa yang sesuai untuk beli emas. Kenapa? Ini adalah kerana pada pertama kali anda membeli emas maka itulah harga benchmark untuk anda. Katakan 1 gram pertama yang anda beli adalah pada bulan Mac 2017 dengan harga RM173, maka itulah harga benchmark anda. Dari situ anda akan tahu bila harga emas semasa adalah murah ataupun mahal. Lain orang akan mempunyai benchmark yang berbeza. Jadi, anda perlu mulakan dahulu simpanan emas untuk tahu masa yang sesuai untuk anda beli emas lagi dan lagi. Juga, simpanlah emas secara konsisten. InsyaaAllah ianya akan membantu anda pada masa akan datang.

 

Sila kongsikan sekiranya bermanfaat:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the word :)