Beli Emas Public Gold Secara Ansuran (EPP)

Ya, Public Gold juga ada menawarkan cara pembelian emas secara ansuran yang dikenali sebagai Easy Payment Purchase (EPP). Kaedah ini telah pun mendapat pengiktirafan syariah dalam proses pembelian emas. EPP amat sesuai bagi anda yang perlu meletakkan komitmen dalam menabung. Sekiranya tidak berbuat demikian, kemungkinan besar duit yang ada akan dibelanjakan tanpa sebarang perancangan rapi.

Produk emas Public Gold yang boleh dibeli menggunakan kaedah EPP adalah yang berharga RM500 ke atas. Maka pembelian yang paling minimum adalah emas 10 gram atau 1 dinar. Tempoh ansuran dalam EPP ialah selama EMPAT (4) bulan. Ini bermakna, selepas 4 bulan anda akan memiliki sekeping jongkong emas. Langkah-langkah untuk membeli emas Public Gold secara ansuran  dan cara pengiraan dalam bayaran bulanan akan diterangkan di bawah ini.

 

Langkah 1 : Semak harga semasa untuk membuat pembelian di laman web rasmi Public Gold (https://publicgold.com.my). Memandangkan harga emas Public Gold dikemaskini setiap 20 minit, maka anda hanya perlu ‘lock’ harga dahulu. Cara untuk ‘lock’ harga boleh rujuk pada artikel Langkah-langkah Pembelian Emas Public Gold Secara Online. 

Langkah 2 : Selepas anda ‘lock’ harga, anda akan terima invois bayaran melalui email dari Public Gold. Anda hanya perlu ikut tarikh bayaran yang telah ditetapkan oleh Public Gold. Pastikan anda simpan semua resit bayaran kerana ianya perlu diserahkan semasa anda mengambil emas di cawangan Public Gold nanti.

Langkah 3 : Selesai kesemua bayaran ansuran, anda boleh pergi ke cawangan Public Gold yang berhampiran untuk mengambil emas anda. Sila bawa bersama kesemua resit bayaran anda.

 

Cara pengiraan ansuran emas :

Contoh pengiraan adalah berdasarkan harga emas 10 gram seperti di dalam gambarajah di atas iaitu RM1,875.

  • Harga emas : RM1,875
  • Kos Premium : RM15*
  • Kos Admin : RM10*
  • Ansuran bayaran setiap bulan selama 4 bulan : RM1,875 bahagi 4 = RM468.75
    • Bayaran bulan 1 : RM468.75 + RM15 + RM10 = RMRM493.75
    • Bayaran bulan 2 = RM468.75
    • Bayaran bulan 3 = RM468.75
    • Bayaran bulan 4 = RM468.75

*Kos premium dan kos admin adalah berbeza mengikut produk.

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, boleh hubungi saya di 012-3810072 untuk penerangan lanjut

 

Sila kongsikan sekiranya bermanfaat:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the word :)