Apa Itu Akaun GAP Public Gold

GAP bermaksud Gold Accumulation Program. Dalam penerangan Bahasa Melayu mudah ialah Program Mengumpul Emas. Program ini diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan orang ramai mulakan simpanan emas. Semasa awal penubuhan Public Gold pada tahun 2008, hanya produk jongkong emas 20 gram dan 50 gram sahaja yang ada untuk urusniaga jual beli. Pada waktu itu, masih belum ramai yang celik tentang pentingnya simpanan emas. Maka jualan jongkong emas 10 gram dan ke atas tidak dapat dimiliki oleh ramai kerana faktor harga.

1 gram emas Public Gold

Bagi menggalakkan lebih ramai mampu membeli emas jongkong untuk simpanan masa depan, Public Gold telah memperkenalkan jongkong emas 1 gram. Akan tetapi saiznya yang kecil dan ianya masih kurang praktikal untuk menyimpan kepingan 1 gram dalam kuantiti yang banyak. Maka dengan itu, Public Gold telah memperkenalkan Gold Accumulation Program (GAP) bagi memudahkan orang ramai mampu memiliki emas sebagai aset masa depan.

Anda hanya perlu membuka akaun GAP di Public Gold dengan pembelian minima 1 gram sahaja. Tidak ada kos tambahan lain mahupun yuran pendaftaran. Anda hanya perlu semak harga 1 gram emas yang terkini di laman web rasmi Public Gold (https://www.publicgold.com.my) dan kemudian lakukan beberapa langkah mudah yang akan saya terangkan di bawah. Anda boleh juga buka akaun dengan pembelian lebih dari 1 gram, bergantung pada bajet anda.

Konsep akaun GAP ialah anda boleh membeli emas minimum 1 gram pada satu-satu masa. Sekiranya anda hendak membeli lebih dari 1 gram juga dibolehkan. Tidak ada had limit dalam pembelian emas di Public Gold. Emas yang anda beli menerusi akaun GAP, Public Gold akan simpankan emas anda tanpa yuran tambahan dan tidak ada had tempoh.

10 gram emas Public Gold

Dengan akaun GAP, anda boleh beli emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan anda. Dan apabila sudah mencapai target gram yang anda hendak,  anda boleh keluarkan emas anda dalam bentuk jongkong dari akaun GAP pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Sebagai contoh, anda membeli 1 gram emas setiap bulan. Selepas 1 tahun, jumlah gram emas terkumpul dalam akaun anda sekarang sudah mencecah 12 gram. Jadi, anda boleh keluarkan 1 keping 10 gram jongkong emas untuk anda simpan sendiri daripada menyimpan 10 keping 1 gram.

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk buka akaun GAP Public Gold :

Langkah 1 : Buka laman web rasmi Public Gold (https://www.publicgold.com.my)

 

Langkah 2 : Semak harga emas terkini untuk 1 gram GAP. Contoh seperti dalam gambarajah dibawah, harga 1 gram emas GAP ialah RM198. Sekiranya anda hendak membeli 2 gram, maka jumlah yang anda perlu bayar ialah RM396. Harga GAP akan dikemaskini pada setiap jam 12 tengah malam.

 

Langkah 3 : Buat bayaran mengikut gandaan gram ke salah satu akaun Public Gold Marketing Sdn. Bhd. berikut

Maybank Bhd. :  5571-3923-8048
Public bank Bhd. :  3167-52-0833

 

Langkah 4 : Emailkan maklumat berikut beserta slip pembayaran ke gap@publicgold.com.my

1. Nama Penuh anda / pasangan / anak
2. No. Kad Pengenalan anda / pasangan / anak
3. No telefon pemohon
4. Alamat email pemohon
5. Introducer : PG017328

atau anda boleh juga Whatsapp ke +6017-4866916

 

Gambar di atas ialah 1 gram dan 1/2 dinar emas yang saya keluarkan dari akaun GAP beberapa bulan yang lepas. Prosesnya amat mudah sekali. Anda hanya perlu ke cawangan Public Gold berhampiran anda dan memberitahu kepada staf di sana yang anda hendak keluarkan emas dari akaun GAP. Anda hanya boleh keluarkan emas dari akaun anda sendiri sahaja. Untuk proses pengeluaran emas, anda perlu tinggalkan minimum 1 gram emas untuk akaun anda kekal aktif. Juga, ada kos premium yang perlu dibayar semasa mengeluarkan emas anda mengikut jenis emas yang dikehendaki.

Di bawah adalah jadual kos premium mengikut produk Public Gold :

 

Saya harap anda jelas tentang konsep akaun GAP, cara untuk buka akaun dan juga untuk membuat pengeluaran. Saya ada juga terangkan langkah-langkah untuk anda menambah simpanan emas di akaun GAP. Sekiranya anda perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya di +6012-3810072 (Masrina) atau boleh hubungi suami saya di +6019-9799919 (Amli).

 

Sila kongsikan sekiranya bermanfaat:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enjoy this blog? Please spread the word :)