Deposit Booking untuk Homestay

Assalamualaikum… Firstly, saya nak minta maaf sekiranya ada yang menantikan update dari blog ni. Tak sangka pula ada yang guna info di blog nie untuk setup homestay sendiri… alhamdulillah… harap sedikit sebanyak pengalaman yang saya kongsikan di sini dapat membantu. Sejak akhir-akhir nie pun sibuk dengan urusan lain sampaikan tak sempat nak update blog. Nie pun selit masa sementara menunggu anak main catur di peringkat MSSM. Iya, kami di UMK Pengkalan Chepa sekarang nie… lepak di library UMK…

Ok, berbalik pada topik homestay. Ada beberapa mesej yang saya terima yang bertanyakan cara bagaimana nak ambil deposit untuk homestay. Sepengalaman saya yang mengusaha homestay dan sharing info dari kawan-kawan yang juga pengusaha homestay… saya rasa deposit nie bergantung pada setiap pengusaha nak buat macam mana.

Lazimnya bayaran deposit diambil hanya sekadar untuk blok tarikh customer yang confirm booking dengan kita. Kiranya, bila customer dah buat bayaran maka tarikh tu dah penuh dan jangan pula ambil booking lain untuk tarikh yang sama. Kelam kabut nanti kalau ada double booking. Tetapi ada juga kes di mana, customer dah verbally ataupun hantar sms mengatakan nak booking tarikh tapi masih tak bayar-bayar lagi deposit. So, biasanya apa yang saya buat ialah, saya akan catat no phone dan call semula untuk confirmation bila ada orang lain call nak tarikh yang sama ataupun bila tarikh booking dah nak hampir dekat. Sebab kadang-kadang customer sibuk ataupun terlupa nak buat bayaran booking (iyee… pernah terjadi pada saya sampaikan ada customer tu berulang-ulang kali ucap terima kasih kerana remind mereka untuk buat payment booking tu…)

Berapa bayaran nak ambil untuk booking terpulang pada setiap pengusaha. Ada yang ambil deposit RM50 dan ada juga yang RM100 dari jumlah keseluruhan. Ada beberapa senario yang boleh diimplemenkan…

Contoh 1 :

Katakan rate homestay ialah RM150 untuk 1 malam dan guest nak booking untuk 1 malam menginap di homestay. Jadi, deposit booking ialah RM50 dan baki RM100 dibayar semasa check in nanti.

Contoh 2 : 

Rate homestay RM150 untuk 1 malam dan guest hendak menginap untuk 2 malam. Jadi, jumlah ialah RM300. Di sini ada 2 cara boleh nak ambil deposit. Anda boleh ambil deposit RM50 sahaja dan baki RM250 dibayar semasa check in ataupun ambil deposit RM100 (RM50 untuk 1 malam) dan bayaran baki sebanyak RM200 dibayar semasa check in.

Contoh 3 :

Rate homestay RM150 untuk 1 malam dan guest nak booking untuk 1 malam. Deposit dibayar RM50 dan semasa checkin, guest kena bayar RM150. Jadi jumlah ialah RM200 kan? Ada juga pengusaha buat cara begini di mana, RM50 nanti akan dipulangkan semula kepada guest apabila mereka checkout dan setelah pengusaha homestay puas hati dengan keadaan rumah yang ditinggalkan. Kiranya RM50 tu untuk deposit kerosakan… Cara nie sebaik-baiknya implemen sekiranya anda ada menerima booking dari syarikat yang hendak menempatkan staf mereka dalam jangka masa yang lama ataupun menempatkan staf mereka yang ramai (kiranya sumbat jek seberapa ramai yang boleh).

So, macam mana mereka nak bayar? Lazimnya guna online banking. Anda perlu berikan maklumat seperti nama bank, no akaun, nama penuh dan email (sekiranya perlu) untuk customer bankin deposit dan mintakan salinan slip bayaran untuk rujukan anda.

pay-money

 

Ok… selain itu ada juga saya terima panggilan dari salah seorang pengusaha homestay yang telah setup homestay beliau 2 bulan lepas dengan menggunakan blog ini sebagai salah satu panduan beliau. Terima kasih tuan… Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana untuk menentukan harga sewa homestay bagi mereka yang hendak booking untuk tarikh yang lama… contohnya dalam tempoh 1 bulan atau 2 bulan ataupun lebih.

Biasanya kita ambil lump sum untuk sewa bulanan tapi pastikan dah ambil kira kos yang terlibat seperti kos bayar sewa/loan, kos elektrik (lagi-lagi yang semua bilik ada aircond macam homestay saya…huhuhu) , kos air, dan lain-lain kos yang terbabit. Ada sahabat saya mengenakan sewa bulanan homestay beliau RM2500 sebulan (bagi homestay yang rate nya ialah RM150 1 malam). Bagi homestay saya pula yang rate RM200 1 malam (ada 3 bilik aircond), kami mengenakan RM3500 untuk sewa bulanan. Tapi bergantung pada budi bicara anda sebagai pengusaha homestay sekiranya customer ada buat negotiation harga… hehehe… tapikan… haaa… kalau ada yang ambil sewa bulanan nie… make sure ada deposit kerosakan at least RM500. Sebab kadang-kadang tu kan… macam-macam kerosakan akan ada lagi-lagi yang rumah tu disumbatkan ramai-ramai… hehehe… Jadi, berapa deposit booking nak diambil? Saya ambil RM100 jek. Tapi kalau melibatkan syarikat, biasanya mereka akan minta quotation dan bayaran penuh akan dibuat sebelum mereka checkin.

Rasanya setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan tentang deposit booking homestay. Insyaa Allah, kalau ada apa-apa lagi info dan pengalaman yang menarik akan saya kongsikan lagi… All the best!

 

15. August 2016 by masrina
Categories: Pengalaman Bisnes Homestay | Leave a comment

Apa itu Domain dan Hosting?

Dalam post saya yang sebelum ini berkenaan membuat website sendiri, ada saya sebut tentang domain dan hosting. Apa itu domain? Apa itu hosting? Ok, biar saya terangkan dalam bentuk analogi.

Bila anda hendak buka kedai fizikal, mesti ada nama kedaikan? Contohnya ABC Enterprise. Jadi untuk buka kedai online (website), nama kedai pun mesti juga. Nama kedai online inilah yang dinamakan domain dan ianya adalah unik. Domain nie lah yang akan digunakan oleh pelanggan anda untuk access ke kedai online. Contoh domain ialah www.TheTerraceHomestay.com, www.sitimasrina.com dan banyak lagi. Jadi, sekiranya anda hendak buat website, anda perlu fikirkan nama domain yang sesuai dan dikehendaki dan perlu semak samada domain itu masih available ataupun dah ada orang ambil. Tidak akan ada 2 nama domain yang sama. Macam mana nak semak nama domain? Saya selalu check kat serverfreak je… kalau available, terus je beli sekali dengan sewa hosting.

Ok, sekarang saya terangkan pula tentang hosting. Kalau anda buka kedai fizikal, mestilah ada ruang untuk letak atau pamerkan barang-barang jualan anda bukan? Ruang itu pula dah tentu perlu disewa. Begitu juga dengan kedai online. Perlu ada ruang untuk simpan segala maklumat atau gambar produk atau servis jualan kita. Ruang tersebut dinamakan hosting yang merupakan ruangan di server komputer.

Jadi, nama domain perlu dibeli dan lazimnya ia perlu diperbaharui setiap tahun (sama macam SSM). Cuma yurannya adalah berbeza mengikut jenis domain yang anda kehendaki. Kalau anda hendak .com yang lazim orang guna, ianya adalah lebih murah berbanding menggunakan .my atau .com.my. Ruangan hosting pula perlu disewa melainkan anda boleh upgrade komputer anda menjadi server.

As for me yang tidak suka sangat dengan teknikal, saya beli domain dan sewa hosting dengan serverfreak.com. Pada saya senang sebab ianya dikendalikan oleh local (Malaysia) dan yuran hanya perlu dibayar secara tahunan. Ada juga yang kena bayar bulanan. So, it’s up to you nak guna servis mana. Ada banyak hosting service yang ditawarkan samada local atau international. Boleh pilih.

300x50 serverfreak

Jadi, kalau anda hendak buat website sendiri untuk bisnes anda samada bisnes hometay atau bisnes lain, boleh je beli dan sewa hosting di serverfreak nie… (disclaimer: saya bukan dibawah tajaan serverfreak yaa… pihak serverfreak tak de bayar saya apa-apa pun. Ini sekadar berkongsi sahaja… ;) )

 

12. May 2016 by masrina
Categories: Website | Leave a comment

Nak Buat Website Sendiri

Kadang-kadang tu nak juga belajar benda baru kan? Lagi-lagi sebab nak promote bisnes sendiri. Nak juga belajar macam mana nak buat website sendiri, nak manage website sendiri.

Boleh. Senang je pun. Saya dulu sebelum tahu cara nak buat website nie, ingatkan macam susah sangat nak buat website. Teknikal sangat ke? Orang yang pandai PHP, Dreamweaver, Joomla! je ke yang boleh buat website? Tak juga. Ramai juga yang tak ada background teknikal boleh je buat website sendiri. Banyak pilihan. Nak guna domain sendiri atau domain berbayar. Terpulang.

Tapi pada saya, lebih baik guna domain sendiri. Baru nampak profesional sikit dan persepsi orang juga lain sebab kita sanggup bayar untuk domain sendiri. That shows we mean business. Banyak tempat boleh beli domain ni. Nak local atau international, terpulang. Tapi saya guna yang simple servis je so saya guna local. Kalau ada masalahpun senang nak contact mereka. Boleh lah juga cakap melayu dengan customer service… ngeh ngeh ngeh.

Terpanggil untuk tulis post nie sebab saya ada terima mesej seperti di bawah.

buat website

Bukan mesej ini sahaja, malah saya ada juga terima beberapa mesej dari pengusaha homestay lain yang bertanyakan soalan yang sama. Macam mana nak buat website sendiri. Sebab ada juga yang jumpa post saya sebelum ini tentang website homestay yang saya baru saja upgrade. Ok, ini antara langkah-langkah yang saya buat untuk bangunkan website The Terrace Homestay Kuantan dan website-website yang lain…

  1. Fikirkan domain yang dikehendaki.
  2. Semak dan beli nama domain di ServerFreak. Buat masa sekarang nie, saya guna servis tersebut.
  3. Ikut langkah-langkah pembelian domain dan sewaan hosting di ServerFreak.
  4. Selesai langkah 1-3 di atas, anda akan terima email untuk access cpanel.
  5. Buka cpanel dan install wordpress.
  6. Pilih theme wordpress yang berkenan di hati.
  7. Masukkan info-info yang berkaitan dengan homestay seperti gambar, alamat, no contact, kadar sewa dan lain-lain yang dirasakan perlu mengikut template yang disediakan.
  8. Promote website anda. Website nie macam buka kedai. Kalau tak promote orang tak akan tahu kita ada buka kedai. So, perlu promote website tersebut.

300x50 serverfreak

 

Nampak senang je kan langkah-langkah di atas tu. Tapi nak buatnya perlu memakan masa juga especially kalau tak prepare info dulu sebelum bermula…. dan bahagian teknikal tu (tak lah teknikal pun) perlu masa untuk belajar. If you don’t have the time, then hire someone who can do it for you. Tapi, kalau nak tanya cara-cara nak buat boleh je PM kat saya… :)

 

26. April 2016 by masrina
Categories: Pengalaman Bisnes Homestay, Website | Leave a comment

Scammer Homestay – Perhatian buat Pengusaha Homestay Malaysia

Esok mula cuti Chinese New Year. Cuti panjang di Malaysia sebab bersambung dari cuti hujung minggu… Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. Kena pula Kementerian Pelajaran Malaysia memberi tambahan cuti sekolah sehingga 14 Feb… memang ramai yang ambil peluang ini untuk bercuti bersama keluarga ataupun balik kampung untuk berjumpa dengan keluarga tersayang.

Musim cuti nie, ramai juga yang mencari homestay sebagai alternatif kepada hotel lebih-lebih lagi nak memuatkan bilangan keluarga yang ramai. Memang tak berhenti-henti orang call nak cari homestay bermula 2-3 hari lepas. Malah ada juga yang call siang tadi mencari homestay untuk malam nie. Yang paling sedih sekali, ada yang call mencari homestay pada saat-saat akhir sebab terkena tipu dengan orang yang tidak bertanggungjawab.

Ya, ada individu yang telah menipu ramai orang dengan mengatakan bahawa dia ada homestay. Pada hal, dia tidak ada homestay langsung. Selepas deposit dimasukkan ke akaun beliau, terus menyepi dan menghilangkan diri. Setelah membuat search di google, memang ramai yang sudah kena tipu dengan beliau. Walaupun jumlah depositnya tidak banyak tapi kalau dah puluhan orang kena di seluruh Malaysia? Rasanya lebih ramai lagi yang dah kena tipu dengan individu nie. Ianya akan memberi impak negatif kepada pengusaha-pengusaha homestay yang jujur dan ikhlas dalam mencari rezeki yang halal.

Sebagai pengusaha homestay, saya dan suami agak risau sekiranya individu terbabit menggunakan nama dan gambar homestay kami untuk menipu orang ramai. Tapi setelah berbincang, salah satu aset yang kami ada yang insyaa Allah dapat melindungi kami dari individu terbabit ialah website rasmi The Terrace Homestay Kuantan yang kami bangunkan untuk tujuan promosi dan memudahkan prospek mencari info berkenaan homestay kami. Selain itu, kami juga ada menggunakan media sosial seperti facebook page The Terrace Homestay Kuantan, google plus The Terrace Homestay dan juga instagram The Terrace Homestay.

Kepada pengusaha-pengusaha homestay, cadangan saya ialah pastikan anda ada website rasmi yang formal untuk homestay anda. Website nie adalah sebagai kedai online kita, jadi perlu invest sedikit untuk pastikan kedai online (website) tu nampak berkualiti dan boleh meyakinkan prospek anda. Ini contoh website rasmi homestay kami -> The Terrace Homestay Kuantan. Ada lagi website homestay yang lebih hebat dari kami punya. Boleh search di google untuk dapatkan idea yang lebih baik. Untuk buat website sebaiknya guna domain sendiri, yang dibeli… bukannya domain free. Domain nie ialah nama url yang akan orang taip macam domain website kami ialah www.TheTerraceHomestay.com. Kalau domain free seperti blogspot, wordpress boleh juga nak guna cuma akan lebih meyakinkan prospek sekiranya anda ada domain sendiri. It shows that you are serious in your business sebab sanggup beli domain yang berbayar. Kos tak mahal mana untuk beli domain dan sewa hosting. Dalam RM150-RM250 setahun. Seriously, it’s worth it. Kos untuk bangunkan website tu mungkin boleh jadi agak mahal sedikit. Tapi terpulang pada diri sendiri sama ada nak buat website sendiri atau nak upah orang buatkan. Kalau nak buat sendiri, saya boleh ajarkan. Free je… tak de kos. Tapi kalau nak minta saya buatkan tu kena bayar ler… hehehehe…

Kepada anda yang hendak mencari homestay, saya nasihatkan agar anda buat research sedikit. Lagi-lagi sekiranya anda mencari homestay di laman web yang memberi servis iklan secara percuma. Please be careful. Do your research before make any bookings. Cuba minta link website/blog pengusaha homestay terbabit, minta link fb page ke ataupun instagram… sebab saya yakin, bagi pengusaha homestay yang serius dalam bisnesnya, pasti akan ada website dan akaun sosial media.

Sekiranya anda ingin mencari homestay di Kuantan, kami sebagai pengusaha The Terrace Homestay Kuantan hanya menggunakan nombor telefon berikut untuk mengambil tempahan : 012-3810072 (Mas) dan 019-9799919 (Amli). Kami tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai agen atau sebagai wakil kami dalam menguruskan tempahan homestay kami.

Lastly, saya dan suami berdoa agar individu tersebut dan juga semua online scammer diberi hidayah dan bertaubat dari membuat aktiviti-aktiviti sebegini. Rezeki Allah itu luas. Usahakanlah dari sumber yang halal.

 

07. February 2016 by masrina
Categories: Pengalaman Bisnes Homestay | Leave a comment

Stemtech | Bisnes MLM Saya

Ya, sudah masuk 3 tahun saya menjalankan bisnes MLM dengan salah satu syarikat antarabangsa iaitu Stemtech. Mungkin tak ramai yang pernah dengar tentang Stemtech berbanding dengan bisnes MLM lain yang lebih terkenal.

Ok, biar saya ceritakan sedikit bagaimana saya mula bisnes dengan Stemtech. Saya mula berminat dengan Stemtech selepas menonton video dibawah ini yang diberikan oleh sahabat baru saya dari Sarawak melalui email. Saya bukannya berminat untuk membuat bisnes, tetapi berminat untuk memberi ayah saya mencuba produk Stemtech kerana beliau menghidap strok sejak 16 tahun yang lepas.

 

Apa yang menarik tentang video ini ialah saya faham bagaimana AFA ini berfungsi dalam badan. Saya faham apa itu stem sel dan apa kaitan stemenhance copystem sel dengan AFA ni. Tapi pada masa yang sama saya juga ragu-ragu tentang penjelasan berkenaan stem sel dalam video ini. Betul ke apa yang disampaikan? Betul ke semua manusia ada Adult Stem Cells? Betul ke stem sel ni boleh ganti sel-sel yang rosak dan mati?

Jadi, saya pun mula tanya Pak Google. Cari bahan bacaan lain dan ada juga menonton youtube untuk dapatkan kesahihan berkenaan stem sel. Dan ternyata, kajian stem sel sememangnya sangat giat dijalankan di seluruh dunia. Malah ramai yang mendapat manfaat dari rawatan stem sel secara konvensional.

Memandangkan pada waktu itu (November 2012) saya telahpun menghantar surat berhenti kerja dan nekad untuk mulakan bisnes hanya di rumah, maka sayapun ambil pakej yang ditawarkan kerana pakej tersebut datang sekali dengan laman web ecommerce peribadi (sila klik link ini untuk lihat : http://masrina.stemtech.com). Dan yang paling best sekali, saya menggunakan kad kredit untuk membeli pakej ini (jangan ikut langkah saya sekiranya anda tidak ada perancangan cara untuk membayar kad kredit).

Sebaik sahaja saya dapat pakej tersebut dan balik ke rumah, suami saya dah mula pandang lain macam. Ye lah, mana tak nya… dah hantar surat nak berhenti kerja sepatutnya mulalah berjimatkan, bukannya mula berbelanja tak tentu pasal.

Jadi, balik je saya terus buka 1 botol dan mula telan 3 kapsul. Nak test keberkesanan sebelum bagi ayah makan. Apa yang saya perasan ialah selepas 3 hari saya ambil AFA Extract, luka di jari saya cepat baik. Luka nie sebenarnya memang saya selalu kena, kulit di bahagian kuku selalu terkoyak. Dan biasanya saya kena sapu lotion untuk elakkan ianya luka lebih teruk. Mungkin sebab kulit saya kering. Tapi selepas makan AFA Extract, luka tu dah tutup dan mula ada kulit baru… tanpa saya sapu apa-apa lotion pun. Sorrylah, tak de dah gambar jari saya tu. Lama sangat, entah mana saya simpan.

So, since then… saya mula baca tentang stem sel dan untuk lebih faham bagaimana ianya membantu badan kita sihat. Dan saya pun mula buat facebook page untuk kongsikan bahan bacaan saya.

Uisshh, dah pukul 10.55 malam. Nanti saya share bagaimana saya buat bisnes ini secara online sahaja. Nak cari orang dan ajak join atau beli produk Stemtech nie… tak reti… huhuhuh…

 

19. January 2016 by masrina
Categories: Bisnes dari rumah | Leave a comment

← Older posts